Ceramah Penjagaan Gigi
Baru-baru ini bertempat di makmal ICT telah diadakan ceramah berkenaan dengan penjagaan gigi khusus kepada semua murid tahun 1 hingga 6. Ceramah ini telah disampaikan oleh wakil dari Pejabat Pergigian Alor Gajah. Di dalam ceramah ini beliau telah menekankan aspek penjagaan gigi yang memainkan peranan yang sangat penting kepada murid iaitu dari aspek memberus gigi dengan cara yang betul, penjagaan gigi dan akibat tidak menjaga kesihatan gigi. Mudah-mudahan dengan penerangan seumpama ini akan menimbulkan kesedaran kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga gigi kerana ia merupakan mahkota kecantikan seseorang yang perlu dijaga sepanjang hayat.
0 Responses to "Ceramah Penjagaan Gigi"
Catat Ulasan