Ceramah Maulidur Rasul 1433H
Pada hari Jumaat lepas telah berlangsung satu majlis ceramah sempena Maulidur Rasul 1433H. Ceramah ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Amir dan Tn.Hj. Mat Pahlawi b. Kamit. Di dalam ceramah ini penceramah mengimbau kembali peristiwa kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang memberikan kesan yang cukup besar kepada kehidupan manusia sejagat. Dengan kelahiran ini telah muncullah Khatamul Nabiyyin yang akan membimbing manusia ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Sesungguhnya banyak sejarah dan peristiwa pada zaman Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan kepada manusia di dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Semoga dengan ceramah yang disampaikan ini akan menimbulkan minat dan kesedaran kepada murid supaya mencontohi dan meneladani akhlak,pergaulan,percakapan dan sebagainya yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi contoh dan ikutan sepanjang zaman.
0 Responses to "Ceramah Maulidur Rasul 1433H"
Catat Ulasan