SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

Program RIMUP 2010

11:13 PG

(0) Comments

 
Program RIMUP peringkat sekolah telah diadakan pada 2 Mac yang lalu. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Senamrobik 15 minit setiap hari Selasa dan kempen membawa air masak atau air mineral ke sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh En Husin bin Chik, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Melaka.


RIMUP adalah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran.

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu selain itu dapat melahirkan generasi Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat serta memiliki bentuk tubuh yang sempurna.

Objektif program ini yang cuba dicapai adalah mengamalkan gaya hidup sihat disamping mempunyai perwatakan yang ceria. Selain itu mengamalkan meminum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 


Disamping itu dapat 
mengetahui jenis senaman yang ada di Malaysia. Semoga matlamat dan objektif program RIMUP ini dapat disempurnakan. Ribuan terima kasih juga kepada warga SKDN dalam usaha menjayakan program ini.


administrator

0 Responses to "Program RIMUP 2010"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.