SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

Pelancaran Program Nilam 2010

9:30 PG

(0) Comments

Pelancaran Program Nilam telah diadakan pada Isnin, 1 Mac 2010 bertempat di dataran perhimpunan SKDN. Program ini telah dirasmikan oleh En Mad Nor bin Hj Omar, Penyelia PPD Pengurusan Sekolah Rendah Daerah Alor Gajah.


Program Nilam mula diperkenalkan kepada sekolah-sekolah negeri Melaka pada APril 1999. Program ini adalah sebagai pengganti kepada program Banci Bacaan yang telah dijalankan sebelum ini.


Matlamat program ini adalah untuk memperkembangkan serta membina minda seseorang untuk maju dan berdaya saing. Selain itu mewujudkan budaya membaca di kalangan warga SK Dato' Naning.


Objektif program ini adalah memupuk sikap minat membaca dikalangan pelajar SKDN. Selain itu menyemai sifat cintakan ilmu ke dalam jiwa pelajar. Menjana pembentukan pemikiran kreatif, progresif dan inovatif. Menerusi program ini pelajar juga dapan memantapkan jati diri pelajar melalui aktiviti di tahap Rakan Pembaca. Akhir Sekali dapat merealisasikan matlamat PSS SKDN sebagai "Minda Sekolah".

 
  
 

administrator

0 Responses to "Pelancaran Program Nilam 2010"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.