SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

Kejohanan Merentas Desa 2010

12:03 PTG

(0) Comments


Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu takziah diatas kemangkatan Sultan Johor dan juga Tun Ghazali Shafie yang telah meninggal dunia. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada orang yang telah meninggalkan dunia ini. AL-FATIHAH.


Kembali kepada perkara utama. Kejohanan Merentas Desa 2010 Sk Dato' Naning akan diadakan pada petang ini iaitu 26 Januari 2010 bertempat di padang SKDN. Para pelajar diminta berhimpun di padang SKDN pada jam 3.30 pm untuk aktiviti memanaskan badan sebelum kejohanan bermula. Aktiviti memanaskan badan ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan semasa berlari.


Laluan merentas desa pada tahun ini sama seperti tahun lepas iaitu sekitar Kg Kelemak Dalam, Taman Kelemak Jaya dan berakhir di padang SKDN. Guru-guru telah ditempatkan di "check point" tertentu untuk memberi panduan kepada pelajar. Pasukan keselamatan yang terdiri dari Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah telah diarahkan untuk memberi bantuan sekiranya berlaku sebarang kecederaan.


Marshal atau peronda keselamatan juga telah diarahkan untuk memastikan keselamatan pelajar disepanjang laluan kejohanan. Diharap semua petugas kejohanan dapat menjalankan tugas dengan baik untuk melancarkan perjalanan Kejohanan ini. Guru-guru yang terlepas pandang tugas mereka boleh lihat jadual dibawah ini untuk mengetahui tugas-tugas mereka.




klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat

administrator

0 Responses to "Kejohanan Merentas Desa 2010"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.