SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

hari pertama persekolahan 2010

9:51 PG

(0) Comments

Salam 1Malaysia. Hari pertama persekolah merupakan hari yang paling ditakuti oleh sesetengah murid. Masalah ini terjadi kebanyakannya dari murid yang bersekolah di TADIKA semasa berusia 6 tahun. Tidak bagi murid yang bersekolah di Pra Sekolah sekolah tersebut. Saya berkata demikian kerana bagi murid Pra Sekolah, mereka sudah biasa dengan keadaan persekitaran sekolah tersebut disamping rakan-rakan yang telah dikenali. Berbanding dengan murid dari TADIKA yang masih belum menyesuaikan diri dengan persekiran sekolah disamping rakan-rakan yang masih belum dikenali.



Murid menangis ,terkucil dan sebagainya adalah perkara biasa semasa memula kan hari persekolahan. Perkara ini dapat diatasi setelah murid tersebut sudah mula sesuai kan diri dengan persekitaran sekolah. Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang keselamatan mereka kerana terdapat guru yang akan mengawasi mereka. Ibu bapa juga di sarankan agar meninggalkan perkarangan sekolah kerana ini akan menganggu proses pembelajaran dan pengajaran semua murid. Ini juga merupakan satu langkah untuk murid-murid membiasakan diri mereka disekolah tanpa pengawasan ibu bapa. Selain itu tumpuan murid-murid akan terganggu dengan kehadiran ibu bapa mereka. Kepercayaan harus diberikan kepada semua guru-guru. Diharap ibu bapa dan penjaga dapat memahami situasi ini.

Kepada semua murid SKDN mulakan hari pertama persekolahan ini dengan azam untuk mencapai kejayaan.

administrator

,

0 Responses to "hari pertama persekolahan 2010"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.