SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

:: Latihan Kebakaran 09 ::

10:38 PG

(0) Comments

Latihan kebakaran peringkat Sekolah telah diadakan pada 23 Mac yang lalu. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kecemasan kepada murid-murid semasa berlakunya kebakaran di sekolah.

Murid berhimpun di dataran lapang

Guru memeriksa kehadiran murid

En Ramanan memberi penerangan kepada murid

Cara yang betul menggunakan alat pemadam api

Murid membuat demo penggunaan alat pemadam api

administrator

:: Merentas Desa SKDN ::

8:47 PG

(0) Comments

Kejohanan Merentas Desa SKDN telah diadakan pada 10 Februari 2009 pada jam 3.45 petang. Acara tersebut bermula di dataran Taman Kelemak Jaya. Pada mula nya acara di laporkan bermula di padang SKDN. Disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, acara terpaksa dimulakan di Dataran taman berhampiran.



Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana acara merentas desa SKDN telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Semoga para pemenang dapat meneruskan kecemerlangan mereka pada masa hadapan dan bagi yang tewas jadikan kekalahan ini sebagai pendorong untuk melakukan leh baik pada tahun hadapan..

Tahniah kepada pemenang dan Warga Sek Keb Dato' Naning



administrator

:: Mesyuarat Agong PIBG SKDN ::

8:27 PG

(0) Comments

Mesyuarat Agong PIBG SKDN telah berjaya diadakan tanpa sebarang masalah. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 7 Februari 2009 bertempat di kantin SKDN. Majlis tersebut telah di hadiri dan dirasmikan oleh YB Pn Hjh Norpipah bte Abdol.




Semoga hasil perbincangan semasa mesyuarat tersebut dapat di realisasi kan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.





administrator

:: Sukan Tahunan SKDN Ke-22 ::

9:41 PG

(0) Comments

Sek Keb Dato' Naning akan mengadakan sukan tahunan olahraga kali ke-22 pada hari ini bertempat di padang SKDN. Semua warga SKDN mengalu-alu kan kedatangan ibu bapa ke acara tahunan tersebut bagi memeriahkan lagi sukan tahunan pada tahun ini.

Tarikh : 26 Februari 2009
Tempat : Padang SKDN

Jemputan
YDP PIBG SKDN
Tn Hj Nasir bin Nordin

Semoga sukan olahraga tahunan berjalan dengan lancar dan dirahmati oleh Allah SWT dan dijauhkan dari segala musibah. Diharap juga para peserta sukan dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

administrator

:: Majlis Pelantikan Pengawas SKDN ::

3:36 PTG

(0) Comments

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2009/2010 telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Dato' Naning pada 9 Februari 2009. Pada majlis tersebut Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, Ketua beserta penolong ketua kelas telah sah dilantik memegang pelbagai jawatan tersebut. Diharapkan kepada semua pelajar yang telah terpilih dapat menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh.






administrator

:: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 ::

8:14 PG

(0) Comments

Sekolah Kebangsaan Dato' Naning akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 pada 7 Februari 2009 iaitu pada hari Sabtu pada jam 8.30 pagi bertempat di Kantin SKDN.

Mesyuarat PIBG kali ini akan dirasmikan oleh :


YB PN HJH NORPIPAH BT ABDOL
DSM, BCM, PPN, BKT, PJK
PENGERUSI JAWATANKUASA NEGERI HAL EHWAL WANITA, KELUARGA
DAN KESIHATAN
MERANGKAP ADUN REMBIA


Diharapkan para ibubapa dapat hadir ke mesyuarat PIBG pada tahun ini bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid yakni anak-anak kita seterusnya memeriahkan lagi majlis tersebut.

administrator

::Hari Usahawan 2008::

9:13 PG

(0) Comments

Unit Kokurikulum SKDN akan mengadakan pesta jualan @ Hari Usahawan pada hari khamis,
9 Oktober 2008 didataran kantin SKDN. Aktiviti ini di sertai oleh semua ahli kelab beruniform SKDN.

Objektif diadakan hari usahawan ini adalah :-
  • memperkenalkan dan memupuk minat murid-murid mengenai pengurusan dalam usahaniaga sebagai satu kerjaya
  • menggalakkan murid terlibat dalam aktiviti usahaniaga
  • membolehkan murid mendapatkan maklumat tepat dalam pengendalian usahaniaga dalam hari usahawan

Antara menu yang dijual oleh Kelab beruniform :-

  • TKRS
Burger dan Ais krim
  • PBSM
Nugget, sosej dan air bancuh
  • TUNAS PUTERI
Ayam goreng dan cendol
  • PENGAKAP
Makanan berat dan air bancuh
  • PUTERI ISLAM
Buah-buahan, keropok lekor dan air kotak



akhir kata :: pantun usahawan

NEGARA MALAYSIA PENUH KEAMANAN
DIHIASI TEMPAT INDAH MENAWAN
HARI USAHAWAN ACARA TAHUNAN
MENGGALAKKAN MURID JADI USAHAWAN

administrator

:: Majlis Graduasi ::

10:11 PG

(0) Comments

Majlis Graduasi Pengiktirafan Anugerah Nilam Tahun 6 2008

Majlis ini telah diadakan di dataran perhimpunan SKDN dan dihadiri oleh
Yg Berbahagia Tuan Haji Mohd Nor bin Abu
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis tersebut adalah penyampaian sijil NILAM bagi murid tahun 6 dan penyampaian sijil dan hadiah bagi pemenang Pertandingan Sempena Kempen Tahun Membaca 2008. Majlis tersebut juga telah diserikan lagi dengan persembahan Membaca Jawi oleh adik Zamri bin Othman dari kelas pendidikan khas dan Persembahan Public Speaking oleh adik Wan Nur Shuhada bt Mohd Naser dari tahun 6.

:: Selayang pandang Majlis Graduasi Anugerah NILAM ::









administrator

:: Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan ::

11:36 PG

(0) Comments

Majlis penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 19 September 2008,hari Jumaat di dataran perhimpunan SKDN. Majlis penutup ini dirasmikan oleh GPK HEM, Pn Rosni bt Abd Jalal.

:: Selayang Pandang Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan ::







administrator

::Program Bulan Kecerdasan::

9:49 PG

(0) Comments

.::Program Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah::.

Diadakan pada setiap pagi rabu sempena Program Bulan Kecergasan

Bertempat di Dataran Perhimpunan Sk Dato Naning

Antara koleksi gambar program tersebut :


administrator

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.