SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

Ceramah Ma'al Hijrah 1435H

4:46 PTG

(0) Comments




Sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1435H pihak sekolah telah menjemput Ustaz Rashidy b Omar, guru dari SMKA Sayyidah Khadijah untuk menyampaikan ceramah di sekolah baru-baru ini. Dalam ceramah tersebut beliau menekankan bagaimana sambutan tahun baru Hijrah bulan Islam dilaksanakan iaitu dengan menanamkan azam dan semangat baru serta mengajak semua untuk sama-sama berubah ke arah yang lebih baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh Hijrah Nabi Muhammad s.a.w 1400 yang lalu. Pada masa yang sama beliau memberikan tip-tip kepada murid-murid tentang bagaimanakah ingin menjadi murid yang berjaya iaitu dengan cara menunaikan solat dan banyakkan berdoa semoga Allah memakbulkan doa kita. Mudah-mudahan dengan ceramah yang disampaikan ini memberi pedoman dan pengajaran yang berguna kepada semua warga SKDN dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Doa adalah senjata bagi orang-orang Mukmin..

administrator

0 Responses to "Ceramah Ma'al Hijrah 1435H"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.