Tahniah dan Syabas!!
Tahniah dan syabas kepada pasukan memanah sekolah yang telah berjaya memenangi Johan Kumpulan sempena Kejohanan Memanah Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Jasin. Seramai 9 orang murid sekolah telah menyertai kejohanan ini dan alhamdulillah 3 orang daripadanya akan mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang pada cuti persekolahan bulan tiga ini. Semoga mereka mengecap kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang...
0 Responses to "Tahniah dan Syabas!!"
Catat Ulasan