SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

Selamat Memulakan Sesi Persekolahan Baru 2012

8:57 PTG

(1) Comments

Alhamdulillah, pada pagi yang berbahagia ini SK Dato' Naning telah memulakan sesi baru persekolahan 2012.Seramai 72 orang murid baru tahun 1 telah mendaftar masuk pada tahun ini menurun sedikit berbanding dengan tahun lepas. Keceriaan jelas terpancar pada riak wajah murid-murid tahun 1 yang pertama kali menghadirkan diri ke sekolah. Pelbagai gelagat dapat diperhatikan semasa mereka sedang bersiap-siap untuk memulakan perhimpunan pagi ini. Insya Allah dengan kedatangan tahun baru ini semua murid lebih bersemangat dan rajin untuk berusaha untuk mendapat kejayaan yang dihajati terutama sekali kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini.  Mudah-mudahan sesi kali ini dapat menjana lebih banyak kecemerlangan kepada sekolah, insya Allah..






administrator

1 Response to "Selamat Memulakan Sesi Persekolahan Baru 2012"

Unknown said :
12 Januari 2012 pada 2:29 PTG
salam tahun baru dan salam blog...alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang menyertai blog SKDN ini. saya amat berbangga dan berterima kasih dengan staff pengurusan mahupun akademik yang berjaya mengangkat martabat SKDN ini sejak bertahun-tahun dulu. walau bagaimanapun, dalam meniti keghairahan mengejar kualiti akademik dan pencapaian cemerlang, saya berharap pihak pengurusan sekolah tidak mengabaikan dari sudut fasiliti dan servis lain. dengan ringkasnya, saya ingin dan amat berharap agar pihak sekolah dapat menyiasat dan menyelidik tentang perihal harga-harga makanan yang dijual di kantin sekolah untuk warga skdn, pelajar sekolah khususnya. bagi saya, harga bagi makanan yang dijual di kantin tersebut tidak menepati klasifikasi harga untuk pelajar sekolah rendah atau dalam kata lain yang lebih 'straight forward' ialah MAHAL...harap pihak pengurusan boleh memantau perkara ini.

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.