Majlis Persaraan GPK 1
Alhamdulillah, minggu lepas telah selesai majlis sempena meraikan persaraan GPK 1, Pn. Salamah Ahmad. Pelbagai aturcara dan program telah diatur bagi meraikan beliau dimulakan dengan majlis bacaan Yaasin, ucapan , penyampaian hadiah, jamuan dan sebagainya berlangsung dalam keadaan lancar walaupun hujan lebat turun mencurah-curah pada pagi tersebut. Semua guru dan murid SKDN turut merasai pemergian beliau ditangisi dengan linangan dan curahan airmata memandangkan selepas ini beliau tidak akan lagi datang ke sekolah. Sumbangan dan jasa yang diberikan tidak ternilai bagi memastikan perjalanan program pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dengan teratur dan lancar. Semoga Allah s.w.t sahajalah yang dapat membalas segala jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini. Mudah-mudahan dengan persaraan ini Pn. Salamah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan melayari kehidupan dengan lebih bermakna. Didoakan agar beliau berada di dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menjalani tugasan harian dengan baik dan sejahtera.Aminnn...
Pn. Salamah menerima surat penghargaan daripada wakil PPD Alor Gajah |
Pn. Salamah menerima cenderahati dari Pn. Guru besar. |
Bergambar bersama dengan rakan-rakan guru dari sekolah-sekolah yang berhampiran |
0 Responses to "Majlis Persaraan GPK 1"
Catat Ulasan