SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

Selesai Sudah...

3:43 PTG

(0) Comments







Alhamdulillah, sebentar tadi telah selesai Bengkel Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) anjuran SK Dato' Naning. Slot pertama dimulai perbentangan tajuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang berkaitan dengan bidang kurikulum dan kokurikulum. Banyak maklumat terbaru dan sedia ada didedahkan kepada guru-guru agar dapat di ambil maklum berkenaan dengan bidang-bidang yang telah dibentangkan. Yang terbaru pihak sekolah sudahpun mengisi  markah SKPM secara online dan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat untuk mengetahui sejauhmana pencapaian dan 'ranking' sekolah berbanding dengan sekolah-sekolah lain. Insya Allah dengan berkat usaha yang telah diusahakan mudah-mudahan pencapaian sekolah akan meningkat. Slot yang kedua pula berkaitan dengan penarafan sekolah-sekolah di dalam pembudayaan ICT yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Khalid b. Ahmad dari BTPN Melaka. Sesungguhnya banyak input terbaru yang telah disampaikan yang mana memberikan manfaat dan faedah kepada semua guru yang terlibat. Mudah-mudahan bengkel LADAP ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

administrator

0 Responses to "Selesai Sudah..."

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.