Kejohanan sukan olahraga SKDN Kali ke--23
Salam 1 Malaysia. Pada 4 Mac yang lalu telah berlansungnya sukan olahraga SKDN kali ke-23. Alhamdulillah acara tahunan tersebut berlansung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola dan juga Pegawai Teknikal kerana berjaya menjalankan tugas yang diberi dengan penuh semangat dan dedikasi. Tahniah diucapkan.
Tahniah juga diucapkan kepada semua murid-murid yang mengambil bahagian didalam acara yang disediakan. Semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan oleh murid-murid terserlah dimana kejohanan berlansung didalam cuaca yang amat panas.
Terima kasih juga diucapkan kepada tetamu jemputan yang hadir. Tidak ketinggalan juga ibu bapa dan penonton yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.
0 Responses to "Kejohanan sukan olahraga SKDN Kali ke--23"
Catat Ulasan