SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

Keputusan UPSR 2009

10:54 PG

(1) Comments

Keputusan UPSR telah diumumkan semalam. Seramai 13 orang pelajar telah mendapat 5A terdiri daripada 3orang lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Kepada pelajar yang tidak mendapat 5A, jadikan ini sebagai cabaran kepada diri sendiri untuk terus berjaya pada masa akan datang. Perjalanan masih jauh dan jadikan peperiksaan ini sebagai platform untuk terus menuntut ilmu dan cemerlang di masa hadapan.



Pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi 5A UPSR

Kepada pelajar tahun 5 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan diminta bersedia dan meningkatkan lagi usaha agar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang seperti abang-abang dan kakak-kakak anda seperti diatas seterusnya dapat meningkatkan lagi KUALITI dan KUANTITI pencapaian UPSR. Selamat berjaya dan bercuti kepada semua warga SK Dato' Naning.

Image Hosted by ImageShack.us

administrator

1 Response to "Keputusan UPSR 2009"

Hanafi said :
20 November 2009 pada 5:58 PTG
tahniah kepada pelajar yang dapat straight A

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.