SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

Majlis Pelancaran Bulan Solat

8:30 PG

(0) Comments


MAJLIS PELANCARAN BULAN SOLAT
SEK KEB DATO' NANING
2009

SOLAT ITU TIANG AGAMA

TEMA:
SOLAT MEMBENTUK PERIBADI PELAJAR MUSLIM

15 JULAI 2009
22 REJAB 1430H
HARI : RABU
MASA : 7.30-8.45
TEMPAT : DATARAN SKDN

Anjuran Panitia Pendidikan
Agama Islam SKDN 2009


PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Tanpa solat seorang muslim itu tidak dapat menjadi muslim yang sejati yang sentiasa mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Dengan kesedaran tentang betap pentingnya solat maka pihak Panitia Agama Islam SKDN merancang menganjurkan BULAN SOLAT 2009. Secara umumnya program ini memberi perhatian khusus bagi memastikan murid berjaya menguasai kaifiyat solat dengan sempurna dengan penumpuan khusus dari segi bacaan dan perbuatan yang akan dilaksanakan secara insentif di sekolah. Semoga usaha murni ini akan diberkati Allah S.W.T.Amin...

MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang dapat mengingati peristiwa Isra' dan Mikraj ke atas junjungan Rasulullah s.a.w tentang kefardhuan solat lima waktu sehari semalam di samping menghayati sirah Rasulullah dalam menjana kemajuan ummah

OBJEKTIF

  • Melahirkan insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia
  • Mengetahui tentang kefardhuan solat lima waktu sehari semalam
  • Melahirkan generasi yang berketrampilan, cemerlang, gemilang dan terbilang
  • Mengingati, menghayati dan mengamalakan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian


nurulsyuhada





administrator

0 Responses to "Majlis Pelancaran Bulan Solat"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.