:: Sambutan Hari Guru 09 ::
Pada 18 Mei yang lalu, warga SKDN tidak ketinggalan untuk meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang telah diadakan di dataran perhimpunan SKDN. Sambutan ini bertujuan untuk meraikan dan menghar
gai jasa dan penat lelah guru-guru sebagai seorang pendidik kepada anak-anak harapan bangsa.

Sambutan hari guru bermula seawal jam 8.00 pagi dan telah berakhir kira-kira jam 11.30 pagi. Pelbagai aktiviti diadakan dimulai bacaan perutusan Hari Guru daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Aktiviti seterusnya adalah persembahan daripada guru-guru dan murid SKDN.

Aktiviti diteruskan dengan penyampaian cenderahati
dari murid-murid tahun 6 kepada semua guru SKDN. Seterusnya penyampaian cenderahati kepada seluruh warga SKDN diikut dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya didalam pertandingan yang diadakan sempena Hari Guru.

Sambutan Hari Guru berakhir selepas penyampaian hadiah dan cenderahati. Semoga sambutan hari guru pada tahun ini akan menyemarakkan lagi semangat guru-guru untuk terus membimbing dan membentuk anak-anak atau murid-murid di SKDN menjadi insan yang berguna dan berjaya pada masa akan datang.
"SELAMAT HARI GURU WARGA PENDIDIK SKDN"

0 Responses to ":: Sambutan Hari Guru 09 ::"
Catat Ulasan