SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

High tea & Majlis Perpisahan Guru SKDN

12:37 PTG

(0) Comments


Pada 22 Mei yang lalu, majlis 'high tea' telah diadakan sempena sambutan hari guru dan meraikan perpisahan guru-guru yang telah berkhidmat di SKDN. Majlis telah diadakan di Hotel Orchid jam 3.30 petang. Guru-guru yang diraikan adalah Pn Suriati, En Ismail, En Azhar, Pn Zalina, Pn Seynorita dan Pn Norhidayu. Tidak semua jemputan dapat hadir kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasanuddin bagi memberkati majlis kami sebelum para jemputan dan hadirin menjamu selera. Majlis yang ringkas dan meriah tersebut diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari wakil-wakil guru SKDN kepada guru-guru yang dirai.

Semoga guru-guru yang telah berhijrah ke persekitaran baru tidak melupakan kenangan dan pengalaman yang berharga semasa bersa di SKDN. Harapan juga agar guru-guru meneruskan kecemerlangan semasa berada di sekolah baru.

Akhir Kata terima kasih kepada guru-guru yang dirai kerana sudi hadir ke Majlis High Tea dan Majlis perpisahan yang telah di sediakan oleh rakan-rakan di SKDN. Jasa Mu Tetap Dikenang. Selamat Bertugas.

Image Hosted by ImageShack.us

administrator

0 Responses to "High tea & Majlis Perpisahan Guru SKDN"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.