SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

:: Earth Hour ::

10:57 PG

(0) Comments


Apa itu Earth Hour?

Earth Hour merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF bagi menangani masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh dunia supaya tindak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari sabtu terakhir bulan March.


Acara ini diilhamkan oleh WWF-australia pada tahun 2007, sebanyak 2.2 juta rumah serta premis perniagaan memadamkan penggunaan lampu selama satu jam. setahun kemudian, acara ini dianjurkan ke peringkat global dengan 50 bilion penduduk di 35 negara menyertai kempen ini. mercu2 tanda seperti Golden Gate Bridge di san fransisco, Colosseum di Rom serta Coca-cola Billboard di time square bergelap bagi menyokong kempen ini sebagai tanda keperihatinan terhadap pemanasan global.

Pada 28 March 2009- 8.30pm, Untk pertama kalinya Malaysia, menyertai Kempen "Earth Hour" secara rasmi. Untuk kempen kali ini, sasaran seramai lebih dari satu juta penduduk di 1000 buah bandar seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menujukkan keperihatinan terhadap perubahan iklim (pemanasan global)

Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat malaysia, marilah kita sama-sama mengorbankan waktu kita selama satu jam untuk memadamkan suis lampu anda, pada 28 Mac 2009, pukul 8.30 malam hingga 9.30 sebagai tanda kita menyokong BUMI, dan mengatakan tidak kepada fenomena Pemanasan Global.. tindakan kita hari ni, mungkin mampu menyelamatkan masa depan generasi akan datang...

Jom padam suis ..

administrator

0 Responses to ":: Earth Hour ::"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.