SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

:: Teknologi Wireless Akan Ditukar Ke ADSL ::

2:42 PTG

(0) Comments

Mesyuarat Anjuran Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka bersama GITN, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Telekom Malaysia dan semua PPD pada 3 Februari 2009 yang lalu telah memutuskan agar semua sekolah di negeri ini yang menggunakan teknologi wireless dan sedang bermasalah dalam pencapaian internet akan digantikan dengan teknologi ADSL mulai bulan ini secara berperingkat.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tn. Haji Isa bin Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka ini dimulakan dengan menerangkan senario sedia ada yang menyaksikan sebahagian besar daripada 35 sekolah yang menggunakan teknologi wireless di negeri ini telah bermasalah dalam capaian internet mereka. Ada diantaranya yang telah melebihi 90 hari dan ada pula yang bermasalah sejak bulan Mac 2008 lagi (SK Parit Melana).

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) telah menerima aduan dari pihak sekolah dan berusaha mengatasinya tetapi penyelesaian tidak dapat dilakukan oleh vendor yang dilantik sehinggalah GITN berusaha mengambil alih masalah yang semakin parah ini. Lawatan Pegawai Maklumat (ICT) bersama Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) ke beberapa sekolah baru-baru ini mendapati banyak program-program pendidikan yang berteraskan penggunaan internet tidak dapat dilaksanakan langsung di sekolah-sekolah tersebut.

Sehubungan itu, pihak sekolah yang terlibat diminta memberikan kerjasama kepada Telekom Malaysia dan GITN yang akan datang ke sekolah sepanjang bulan Februari dan Mac ini untuk membuat pendawaian ADSL. Pastikan mereka adalah kakitangan TM yang sah sebelum sebarang kerja pendawaian dilakukan. Pihak sekolah boleh menghubungi Pegawai GITN yang bertanggungjawab iaitu En. Zabani di talian 0132913436.



administrator

0 Responses to ":: Teknologi Wireless Akan Ditukar Ke ADSL ::"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.