SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

:: Rombongan Dari Sumatera ke SKDN ::

8:41 PG

(0) Comments

Rombongan Daripada
Dinas Pendidikan Kota Padang Panjang
Sumatera Barat, Indonesia

Pada 31 Oktober 2008 iaitu pada hari Jumaat yang lepas, satu rombongan dari Sumatera Barat, Indonesia iaitu Dinas Pendidikan Kota Padang Panjang telah datang melawat ke Sekolah Kebangsaan Dato' Naning untuk Lawatan Dan Taklimat Pelaksanaan Program NILAM SKDN. Lawatan tersebut telah disertai seramai lebih kurang 30 orang terdiri dari pelajar cemerlang, guru cemerlang, jemaah nazir dan juga jurnalist dari daerah Sumatera.

Aturcara lawatan dimulakan dengan ucapan aluan dan penerangan profil sekolah oleh Guru Besar SKDN iaitu Pn Asiah bt Md Sab. Seterusnya Taklimat Pelaksanaan Program NILAM SKDN oleh Pn Suriati bt Ahmad selaku Guru Perpustakaan & Media SKDN.

Seterusnya jemaah rombongan telah dibawa melawat ke bilik-bilik khas Pusat Sumber SKDN iaitu Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Unit Perkhidmatan Bilik Tayang, Unit Perkhidmatan BBM dan juga Pusat Akses. Rombongan bertolak balik ke penginapan pada jam 12 tgh hari.

Selayang Pandang sepanjang Majlis tersebut.









administrator

0 Responses to ":: Rombongan Dari Sumatera ke SKDN ::"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.