SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi
Sekolah Kebangsaan Dato' Naning. Blog yang memaparkan program dan aktiviti di sekolah ini

::Sejarah Sekolah Dato' Naning::

10:58 PG

(0) Comments



Sekolah Kebangsaan Dato' Naning, terletak 1 km dari Bandar Alor Gajah,
iaitu sebuah bandar di Mukim Kelemak , dalam daerah Alor Gajah di Negeri Melaka.

Sekolah ini pada asalnya, adalah sebuah sekolah aliran Inggeris
bernama Sekolah Rendah Inggeris Alor Gajah 2. Pada peringkat awal, sekolah ini berkongsi bangunan dengan Sekolah Rendah Alor Gajah 1. Pada tahun 1978, sekolah ini mendapat tapak di atas sebuah bukit yang berhampiran dengan Hospital Daerah Alor Gajah dan SM Dato' Dol Said.

Dua buah blok bangunan dua tingkat telah didirikan sebagai bangunan utama sekolah dan diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Naning. (Sempena nama pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Naning- Dato' Naning)

Dengan pertumbuhan taman-taman perumahan dan projek-projek pembangunan di persekitaran sekolah, bilangan pelajar meningkat. Justeru itu, sebuah blok bangunan tambahan 4 tingkat telah dibina pada tahun 1995. Bangunan tersebut dilengkapi dengan beberapa buah bilik khas. Antaranya 8 buah bilik darjah, sebuah bilik tayang, bilik guru, pejabat,perpustakaan,sebuah Pusat Sumber, surau, bilik Doktor Muda, kedai sekolah, bilik darjah Pemulihan, bilik gerakan, stor Seni, dua buah tandas guru dan 2 buah tandas murid.

Pada tahun 2002 sebuah bangunan khas makmal ICT dibina
dibelakang bangunan Blok D, menjadikan SKDN mempunyai 2 buah makmal komputer, sebuah makmal ICT dan makmal KDP. Dan pada tahun 2006,sekolah ini telah mendapat satu lagi peruntukan makmal komputer berasaskan komuniti setempat yang dikenali sebagai "Pusat Akses".

Kecanggihan prasarana dan kedudukan sekolah yang strategik menjadikan SKDN pilihan utama bagi masyarakat setempat menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini.

Semoga SKDN cemerlang,gemilang dan terbilang.

administrator

,

0 Responses to "::Sejarah Sekolah Dato' Naning::"

Catat Ulasan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' NANING
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel | Faks : 606-5561299
E-mel : mbb0042@ppdalorgajah.edu.my

Penafian: Sekolah Kebangsaan Dato' Naning adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Segala kesulitan amat dikesali

Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0.